Syukur Alhamdullillah sekarang ni dah habis belajar dan sedang menunggu posting. Memang dalam sebulan ni ada masa nak membaca novel tapi saya takde koleksi novel jadi saya tukar dengan membaca Mingguan Wanita..... terdapat pelbagai info dalam Mingguan Wanita..
Sunday, December 20, 2009
2009 dalam kenangan
Syukur Alhamdullillah sekarang ni dah habis belajar dan sedang menunggu posting. Memang dalam sebulan ni ada masa nak membaca novel tapi saya takde koleksi novel jadi saya tukar dengan membaca Mingguan Wanita..... terdapat pelbagai info dalam Mingguan Wanita..
Posted by Cikgu Eta at 9:23 PM 0 comments
Wednesday, December 31, 2008
Posted by Cikgu Eta at 9:21 AM 0 comments
Thursday, December 11, 2008
Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris
Posted by Cikgu Eta at 10:57 AM 1 comments
Labels: Bikash Nur Idris
Wednesday, December 10, 2008
Adam dan Hawa
Posted by Cikgu Eta at 2:11 PM 1 comments
Labels: Aisya Sofea
Monday, November 17, 2008
Sakitnya sayang - Norhayati Berahim
Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiayakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan...............
Posted by Cikgu Eta at 1:42 PM 1 comments
Labels: Norhayati Berahim
Wednesday, November 12, 2008
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Kasihku, kasih anak terbuang yg jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu ... namun sengaja kau biarkan. Egokah kita sebenarnya?
Lalu kerana merasa tercabar dan dicabar, Putri melayan kasih jejaka lain dan membiarkan Zack menjeruk rasa. Bersama si jejaka, Putri cuba melayan perasaan, membalas tiap ungkapan cinta dan sayang dengan penuh perasaan. Namun Putri gagal ... hatinya tiada rasa ... melainkan rasa tawar dan hambar yg mencicip kesal ... Putri sedar, cintanya pada yang lain.
Posted by Cikgu Eta at 11:54 AM 1 comments
Labels: Syamimi Aminolah
Monday, November 3, 2008
Bertahta Dihati - Marwati Wahab
Najmi Syahadat.. merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharapkan, lain pula takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf, untuk hidangan jiwanya yang parah.
Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu. Ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. Tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yang punya jawapan itu, sudah membawa pergi senda tawa bersama impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.
"Merayulah, Najmi.. menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati ini sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."
Itu nekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.
Posted by Cikgu Eta at 9:24 AM 1 comments
Labels: Marwati Wahab
Monday, October 13, 2008
Andainya Kutahu - Puteri Andalas
Posted by Cikgu Eta at 8:44 AM 1 comments
Labels: Puteri Andalas
Thursday, October 9, 2008
Semanis Kasih - Sazlina Sulaiman
Sinopsis belakang buku
Biarkan rindu terus berlagu disukma menjadi rentak paling mengasyikkan kerana bila berdekatan selalu bercakaran. Biarlah waktu yang menjarakkan menjadi pengukur kasih sayang. Semoga keterasingan yang sementara mengajar kita mengenal hati sendiri.
Haruskag dibiarkan musim melagukan rindu sedangkan diri dalam penasaran mengharap dan menunggu? Wajarkah menjadi pemburu sedangkan yang diburu menghilang pergi? Pedihnya hati yang merindu, hanya diri yang merasa.
Posted by Cikgu Eta at 8:33 AM 2 comments
Labels: Sazlina Sulaiman
Monday, October 6, 2008
Kuntum Kasih Berserakan - Mohd. Kasim Mahmud
Sinopsis belakang buku.
Biarlah hati ini kosong, jika itu lebih bererti daripada mengkhianati. " Hisyam... aku tidak ingin mengkhianati hati sahabat sendiri."
Comment by Tulip Merah on 06/10/08
Tak berapa best sangat cerita ni.. Mengisahkan Hisyam seorang guru yang berjinak-jinak sebagai penulis berkahwin dengan Seri Intan. Seri Intan tidak suka Hisyam menjadi seorang penulis menjalinkan hubungan dengan Faraouk. Hisyam dan Seri Intan sering bergaduh.. Dalam masa yang sama Hisyam berkenalan dengan Marina iaitu kawan baik Seri Intan. Hubungan mereka yang hanya kawan biasa disalah ertikan oleh Seri Intan.
Rupa-rupanya Farouk seorang bapa ayam dan telah menjadikan Seri Intan sebagai pelacur. Hasil laporan Hisyam, Farouk telah ditangkap. Hisyam pula telah menceraikan Seri Intan. Hisyam telah melamar Marina tetapi lamarannya itu ditolak oleh Marina.
Posted by Cikgu Eta at 6:08 AM 0 comments
Labels: Mohd. Kasim Mahmud
Kisah Kasih - Kreisya Reisya
Sinopsis belakang buku
Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan The Search Of Cinderella yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari sambil tercicir kasut sebelahnya.
Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamarannya itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.
Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.
Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya?
Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta!
Comment by Tulip Merah on 06/10/08
Best cerita ni... finally Farah berkahwin dengan Syah E atau nama sebenarnya ialah Aizat.
Posted by Cikgu Eta at 5:59 AM 1 comments
Labels: Kreisya Reisya
Monday, September 22, 2008
Seindah Derita – Norhayati Berahim
Sinopsis
Comments by Tulip Merah on 22/09/08
Hardina adalah anak bongsu kepada Ustaz Khamis dan Makcik Mimah. Di zaman persekolahannya Hardina merupakan seorang yang aktif terutama dalam sukan tenis. Hardina bersahabat baik dengan Dahlia yang juga seorang yang aktif dalam tenis. Sewaktu dalam tingkatan 4, Hardina jatuh cinta pada Johan yang tua setahun darinya. Pada mulanya Johan hanya mahu mempermainkan Hardina sahaja tapi lama-kelamaan dia betul2 jatuh cinta pada Hardina. Tapi akibat ego dan cabaran dari kawan-kawannya iaitu Rasul dan Badrul untuk memikat Hardina dan meninggalkannya, Johan akhirnya meninggalkan Hardina dan bersama dengan Sarina. Johan amat menyesal dan ingin meminta maaf pada Hardina tapi pada hari terakhir persekolahan, Hardina telah mengikuti perlawanan tenis di Singapura. Selepas itu Hardina dan Dahlia telah berpindah sekolah. Selama berbelas tahun Johan tidak dapat menghubungi Hardina.
Hardina kini telah dewasa dan telah membuka kedai kek dan cyber café. Perniagaan Hardina sungguh berjaya. Ada seorang pelanggan tetap yang selalu berkunjung ke kedai Hardina iaitu Faiz telah memperkenalkan abangnya Johan dengan Hardina. Rupa-rupanya tanpa disangka-sangka pertemuan yang tidak dirancang itu telah menyebabkan Johan jatuh cinta sekali lagi pada Hardina, tapi Hardina tidak berperasaan begitu. Mungkin masih lagi terasa apa yang telah Johan buat padanya berbelas tahun yang lalu.
Ibu-bapa Johan iaitu Dr. Zahari dan Puan Maria telah berkenalan dengan Ustaz Khamis dan isterinya sewaktu menunaikan fardhu Haji dimana Ustaz Khamis telah membantunya sewaktu dia sakit. Persahabatan mereka mekar terjalin walaupun masing-masing telah pulang ke tanah air. Dr. Zahari dan Puan Maria sempat berkunjung ke rumah Ustaz Khamis dan disitu mereka telah berkenan dengan anak Ustaz Khamis yang dipanggil Diana. Mereka bercadang ingin menjodohkan Diana dengan anak mereka iaitu Dr. Johan.
Johan pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan itu telah menelefon Diana supaya menolak peminangan itu kerana hatinya telah terpaut pada Hardina. Tanpa disangka-sangka rupa-rupanya Diana dan Hardina adalah orang yang sama. Ibu-bapa Hardina memanggilnya Diana kerana pada masa kecilnya Hardina selalu nangis. Kata orang-orang tua eloklah ditukar nama, dan sejak itu Hardina dipanggil Diana. Sejak itu Hardina cuba menjauhkan diri dari Johan tapi Johan tetap berusaha untuk memenangi hati Hardina.
Hardina mempunyai seorang sahabat baik yang dikenali sewaktu belajar di Universiti iaitu Azimah. Azimah disahkan mengidap penyakit Leukimia dan kanser. Azimah hampir berputus asa. Tetapi Hardina selalu memberi semangat kepadanya dan hampir setiap hari dia mengunjungi Azimah di hospital. Azimah telah berkahwin dengan Imran. Sebenarnya Imran juga mempunyai perasaan terhadap Hardina . Imran yang termakan pujukan setiausahanya iaitu Sarina akhirnya berkahwin dengan Sarina. Azimah yang mengetahui hal itu terlalu sedih. Akhirnya dia memujuk Hardina supaya membawanya keluar dari hospital. Setelah keluar dari hospital keadaan Azimah telah berubah. Hardina telah berjaya memujuknya menyertai persatuan pesakit Kanser dimana disitu Azimah dapat berjumpa dengan pesakit2 kanser yang lain. Azimah menemui sinar baru. Berkat doa, usaha, berubat akhirnya Azimah disahkan sembuh. Azimah telah meminta cerai daripada Imran. Imran terpaksa menceraikannya dan Imran menyesal kerana telah berkahwin dengan Sarina.
Posted by Cikgu Eta at 9:49 AM 2 comments
Labels: Norhayati Berahim
Monday, September 15, 2008
Juliana
Sinopsis
Membenci bukan untuk mengkhianati. Menyayangi bukan tandanya mencintai. Namun talian halus menjadi penghubung dua jiwa. Mereka bersaudara, tetapi bukan seibu-sebapa.
Comment by Tulip Merah on 15/09/08
Buku ni saya beli pada 13 Nov 1995. Dah 13 tahun berlalu. Waktu tu masih lagi belajar di UPM, Serdang.
Posted by Cikgu Eta at 3:23 PM 0 comments
Labels: Mohd. Amir Mohd. Yusof
Thursday, September 11, 2008
Semusim Rindu - Aleya Aneesa
Sinopsis dari belakang buku ini
Disebalik senyumannya.... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...
Benarlah.. perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tau perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi didadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
Sungguh.. Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ihkman tahu maksudnya?
Comment by Tulip Merah on 13/09/08
Citer ni pun best gak.
Hajar Adira kehilangan kedua ibu bapa sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama Mak Long Nazimah. Mak Long nya sangat kejam dan selalu mendera Hajar Adira. Akhirnya setelah 5 tahun tinggal bersama Mak Long , Hajar mengambil keputusan untuk melarikan diri ke rumah Mak Ngah Nasriah yang berada di JB.
Hajar menaiki bas dari Penang ke JB. Setelah tiba di perhentian bas JB, Hajar tidak tau mana harus dituju. Disitu dia dijumpai oleh Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah. Oleh kerana pasangan ini sudah lama tidak mempunyai anak terus mengambil Hajar sebagai anak angkat.
Sewaktu umur Hajar 18 tahun, ibu angkatnya telah meninggal dunia. Pada waktu itu dia mendapat tawaran belajar ke luar negeri tetapi dihalang oleh bapanya. Firdaus yang telah lumpuh akibat kemalangan telah melarangnya untuk menyambung belajar. Sejak hari itu Hajar mengambil alih menyara keluarga iaitu bapa dan 3 orang adiknya.
Disebelah siang Hajar bekerja di kilang dan sebelah petang hingga ke malam Hajar bekerja di Restoren Idaman. Di restoren Idaman itulah, Hajar berkenalan dengan Ikhman. Ikhman telah melakukan perkara yang tidak senonoh. Sejak itu dia terlalu benci dengan Ikhman.
Ikhman akhirnya jatuh cinta pada Hajar dan ingin meminta maaf. Tapi disebabkan ego lelakinya, dia tidak meminta maaf pada Hajar dan tidak menyatakan cintanya pada Hajar.
Atas sikap irihati teman sekilang, akhirnya Hajar telah berhenti kerja. Dia juga telah berhenti kerja di restoren Idaman kerana selalu diganggu oleh Ikhman. Akhirnya tanpa pengetahun Hajar, Ikhman telah merancang dengan Hannah supaya Hajar bekerja dengannya sebagai setiausahanya. Akhirnya Hajar bersetuju walaupun dia selalu dimarahi oleh Ikhman.
Pak Su Ikhman iaitu Hilal yang sedang menhidap kanser ingin sangat bertemu dengan anak saudaranya yang hilang sejak kecil iaitu Hani. Akhirnya Hilal berjaya bertemu dengan Hani. Dan Hani itu ialah Hajar sebenarnya. Hilal mahu Hani berjanji akan berkahwin dengan Ikhman setelah ketiadaannya nanti. Akhirnya Hani terpaksa bersetuju.
Anak Mak Long iaitu Azim juga telah jatuh hati dengan Hajar tapi Hajar tidak berperasaan begitu. Azim yang telah bertunang dengan Yuha secara tidak rela ingin memutuskan pertunangannya dengan Yuha. Disebabkan itu habis Hajar di maki oleh Mak Long.
Akhirnya Hani dan Ikhman disatukan sebagai suami isteri. Tapi selama setahun mereka tidak tinggal bersama. Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya telah membuatkan Hajar membawa diri ke Jepun untuk menyambung belajar. Ikhman yang telah sedar dengan kesilapannya telah cuba mencari Hajar dan akhirnya dia berjaya mencari Hajar. Dipenghujung cerita ini Hajar dan Ikhman hidup bahagia dan telah menimang cahayamata iaitu Azmal. Bila Azmal berumur 10 bulan, Hajar disahkan mengandung semula...........
Posted by Cikgu Eta at 7:55 AM 0 comments
Labels: Aleya Aneesa
Monday, September 8, 2008
Selagi Ada Dia - Aisya Sofea
Sinopsis dari belakang buku ini
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hari Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang tersulam, janji yang dimeterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
Comment by Tulip Merah (08/09/08)
Harini pinjam buku ni dari member, Ain. Bolehlah start membacanya....
Comment by Tulip Merah (10/09/08)
Finally habis gak baca buku ni.. memang best ceritanya.
Arianni atau Ari bertemu dengan Haris secara tidak sengaja. Walaupun Haris merupakan kawan kepada kakak Ari iaitu Kak Mal, tetapi keduanya menjalinkan hubungan cinta secara diam. Setelah keluarga dapat tahu, Ari teruk dimarahi dan telah membawa diri ke UK selama 3 tahun.
Kepulangan Ari setelah berada selama 3 tahun di UK adalah untuk menjaga abah dan mak. Sewaktu didalam kapal terbang, Ari berkenalan dengan Idris. Perkenalan itu berlanjutan dan akhirnya membawa ke gerbang perkahwinan.
Byk lagi sebenarnya yang menarik dalam buku ini. Memang best..
Comment by Tulip merah (13/09/08)
Saya cuba nak banyakkan lagi citernya...
Alamak tak berapa ingatlah he..he..
Ari ada seorang abang yang bernama Yus dan seorang kakak yang bernama Kak Mal. Kak Mal seorang yang kuat bekerja. Dan bila Kak Mal membawa Haris pulang kerumah ia sudah tentu diterima baik oleh kedua ibu-bapa Ari. Pada mulanya Ari sangat terkejut kerana sebelum itu Ari telah melanggar kereta Haris. HAris yang memang terpikat dengan Ari sejak kemalangan itu akhirnya berjaya memikat Ari. Mereka akhirnya menjalin hubungan cinta tanpa pengetahuan keluarga. Setelah keluarga mengetahuinya Ari telah di marahi. Sejak itu dia membawa diri ke UK. Selama tiga tahun dia di UK tanpa pulang ke Malaysia. Ari banyak berhubungan dengan kakak iparnya iaitu Kak Lin untuk mengetahui perkembangan keluarganya.
Setelah mengetahui bapanya sakit dan perlu penjagaan, Ari mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Bapanya menhidap penyakit yang sekejap lupa dan sekejap ingat. Bila tiba sakitnya dia akan marah dan memaki orang sekelilingnya terutamanya ibu Ari. Sebagai Isteri, Puan ? tetap menjaga dengan ikhlas walaupun selalu dimarahi.
Haris masih lagi berkawan dengan Kak Mal. Sehari sebelum bertunang, Kak Mal mengambil keputusan untuk membatalkan majlis pertunangannya dengan Haris. Haris yang memang tidak menyayangi Kak Mal tidak marah tetapi dia terus mengganggu Ari untuk kembali semula kepadanya. Ari tetap tidak dapat menerima Haris dalam hidupnya.
Sewaktu dalam kapal terbang Ari telah berkenalan dengan Idris. Idris yang jauh lebih tua daripadanya telah kehilangan isteri sejak lapan tahun yang lalu. Dan arwah isterinya itu mirip wajah Ari. Mereka terus menjalinkan persahabatan. Akhirnya mereka telah jatuh cinta, tapi ada peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka tegang.
Kak Mal telah memutuskan hubungannya dengan Haris. Ibu Ari cuba memujuk Ari supaya menerima Haris. Ari berkata kepada ibunya dia akan memilih siapa saja yang meminangnya. Sehinggalah dihari pernikahan Ari tidak tahu siapa yang akan menjadi suaminya. Rupa-rupanya Kak Lin, ke dua ibu-bapa Ari telah berpakat dengan Idris tentang perkahwinan itu. Idrislah yang telah meminang Ari. Setelah mengetahuinya Ari terlalu gembira dan hidup gembira bersama Idris. Hubungan Ari dan Kak Mal juga telah pulih.
Posted by Cikgu Eta at 2:32 PM 2 comments
Labels: Aisya Sofea
Tuesday, September 2, 2008
Kasih Yang Tercalar - Norhayati Berahim
Posted by Cikgu Eta at 2:53 PM 2 comments
Labels: Norhayati Berahim
Friday, August 29, 2008
Senafas Rindu - Damya Hanna
Sinopsis tentang cerita ini (di ambil daripada bahagian belakang buku ini).
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.
Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.
Disaat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti.... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.
Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
Nota: Actually buku ni saya tak habis baca lagi. Setakat sekarang ni baru ms105. Apa yang menarik ialah.. mulai semalam (pagi) saya mencari nama yang sesuai utk nickname saya. Dan akhirnya saya memilih tulip merah. Dan pada hari yang sama (ptg) sy mula membaca novel ini, ada gambar tulip didalamnya. Adakah ia secara kebetulan???? Akhirnya saya pasti untuk mengekalkan nama tulip merah sebagai nickname saya.
Comment Tulip Merah(2 September 2008)
Finally habis gak baca novel ni setelah 5 hari membacanya. Siti Nur Ain tu rupanya nama Islam Viviana. Dan akhirnya Fariz hidup bahagia bersama Siti Nur Ain @Viviana. Shafika pula bersama Patrick yang sudah memeluk Islam. Kawan-kawan Fariz yang lain juga bahagia bersama pasangan masing-masing. Azila dan Munir yang sudah mempunyai 2 orang anak dan Lim Keng juga telah bertunang dengan Sharon.
Ibu Fariz iaitu Datin Maznah juga telah insaf dan dapat menerima Siti Nur Ain sebagai menantunya. Kakak Fariz yang bernama Marina juga begitu.
Posted by Cikgu Eta at 10:24 AM 0 comments
Labels: Damya Hanna
Thursday, August 28, 2008
Waja - Lamia Aimal
Cerita ini mengisahkan Raihana yang bercerai dengan suaminya Najid dan menjaga anak kecilnya yang bernama Badri. Raihana pulang ke tanah air setelah 7 tahun berada di luar negara. Di Malaysia Raihana mengusahakan semula kedai yang diwarisi dari arwah bapanya. Pada mulanya pelbagai rintangan dihadapi termasuk tentangan daripada abang dan kakak tirinya. Akhirnya Raihana berjaya menghadapi segala rintangan.
Raihana juga jatuh hati dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Hadi. Hubungan mereka menjadi dingin gara-gara Zarina. Tetapi akhirnya mereka berjaya menghadapinya.
Abang tirinya yang sebelum ini membencinya akhirnya berbaik semula dan bersama-sama mendirikan kilang kain.
Diakhir cerita ini kakak tiri Raihana telah insaf dan mereka sekeluarga kembali aman damai.
Nota: Saya menghabiskan masa 2 hari untuk membaca novel ini.
Posted by Cikgu Eta at 10:58 AM 0 comments
Labels: Lamia Aimal.