CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 11, 2008

Semusim Rindu - Aleya Aneesa

Sinopsis dari belakang buku ini

Disebalik senyumannya.... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah.. perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tau perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi didadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh.. Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ihkman tahu maksudnya?

Comment by Tulip Merah on 13/09/08
Citer ni pun best gak.
Hajar Adira kehilangan kedua ibu bapa sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama Mak Long Nazimah. Mak Long nya sangat kejam dan selalu mendera Hajar Adira. Akhirnya setelah 5 tahun tinggal bersama Mak Long , Hajar mengambil keputusan untuk melarikan diri ke rumah Mak Ngah Nasriah yang berada di JB.
Hajar menaiki bas dari Penang ke JB. Setelah tiba di perhentian bas JB, Hajar tidak tau mana harus dituju. Disitu dia dijumpai oleh Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah. Oleh kerana pasangan ini sudah lama tidak mempunyai anak terus mengambil Hajar sebagai anak angkat.
Sewaktu umur Hajar 18 tahun, ibu angkatnya telah meninggal dunia. Pada waktu itu dia mendapat tawaran belajar ke luar negeri tetapi dihalang oleh bapanya. Firdaus yang telah lumpuh akibat kemalangan telah melarangnya untuk menyambung belajar. Sejak hari itu Hajar mengambil alih menyara keluarga iaitu bapa dan 3 orang adiknya.
Disebelah siang Hajar bekerja di kilang dan sebelah petang hingga ke malam Hajar bekerja di Restoren Idaman. Di restoren Idaman itulah, Hajar berkenalan dengan Ikhman. Ikhman telah melakukan perkara yang tidak senonoh. Sejak itu dia terlalu benci dengan Ikhman.
Ikhman akhirnya jatuh cinta pada Hajar dan ingin meminta maaf. Tapi disebabkan ego lelakinya, dia tidak meminta maaf pada Hajar dan tidak menyatakan cintanya pada Hajar.
Atas sikap irihati teman sekilang, akhirnya Hajar telah berhenti kerja. Dia juga telah berhenti kerja di restoren Idaman kerana selalu diganggu oleh Ikhman. Akhirnya tanpa pengetahun Hajar, Ikhman telah merancang dengan Hannah supaya Hajar bekerja dengannya sebagai setiausahanya. Akhirnya Hajar bersetuju walaupun dia selalu dimarahi oleh Ikhman.
Pak Su Ikhman iaitu Hilal yang sedang menhidap kanser ingin sangat bertemu dengan anak saudaranya yang hilang sejak kecil iaitu Hani. Akhirnya Hilal berjaya bertemu dengan Hani. Dan Hani itu ialah Hajar sebenarnya. Hilal mahu Hani berjanji akan berkahwin dengan Ikhman setelah ketiadaannya nanti. Akhirnya Hani terpaksa bersetuju.
Anak Mak Long iaitu Azim juga telah jatuh hati dengan Hajar tapi Hajar tidak berperasaan begitu. Azim yang telah bertunang dengan Yuha secara tidak rela ingin memutuskan pertunangannya dengan Yuha. Disebabkan itu habis Hajar di maki oleh Mak Long.
Akhirnya Hani dan Ikhman disatukan sebagai suami isteri. Tapi selama setahun mereka tidak tinggal bersama. Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya telah membuatkan Hajar membawa diri ke Jepun untuk menyambung belajar. Ikhman yang telah sedar dengan kesilapannya telah cuba mencari Hajar dan akhirnya dia berjaya mencari Hajar. Dipenghujung cerita ini Hajar dan Ikhman hidup bahagia dan telah menimang cahayamata iaitu Azmal. Bila Azmal berumur 10 bulan, Hajar disahkan mengandung semula...........

0 comments: