CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

Seindah Derita – Norhayati Berahim



Sinopsis
Sesekali, bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam,, malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan.. andainya itu sekadar untuk mematangkan … terima kasih kerana berjaya membentuk Hardina yang hari ini. Hardina yang sedar diri. Hardina yang tidak mudah lupa diri.

Comments by Tulip Merah on 22/09/08
Hardina adalah anak bongsu kepada Ustaz Khamis dan Makcik Mimah. Di zaman persekolahannya Hardina merupakan seorang yang aktif terutama dalam sukan tenis. Hardina bersahabat baik dengan Dahlia yang juga seorang yang aktif dalam tenis. Sewaktu dalam tingkatan 4, Hardina jatuh cinta pada Johan yang tua setahun darinya. Pada mulanya Johan hanya mahu mempermainkan Hardina sahaja tapi lama-kelamaan dia betul2 jatuh cinta pada Hardina. Tapi akibat ego dan cabaran dari kawan-kawannya iaitu Rasul dan Badrul untuk memikat Hardina dan meninggalkannya, Johan akhirnya meninggalkan Hardina dan bersama dengan Sarina. Johan amat menyesal dan ingin meminta maaf pada Hardina tapi pada hari terakhir persekolahan, Hardina telah mengikuti perlawanan tenis di Singapura. Selepas itu Hardina dan Dahlia telah berpindah sekolah. Selama berbelas tahun Johan tidak dapat menghubungi Hardina.

Hardina kini telah dewasa dan telah membuka kedai kek dan cyber café. Perniagaan Hardina sungguh berjaya. Ada seorang pelanggan tetap yang selalu berkunjung ke kedai Hardina iaitu Faiz telah memperkenalkan abangnya Johan dengan Hardina. Rupa-rupanya tanpa disangka-sangka pertemuan yang tidak dirancang itu telah menyebabkan Johan jatuh cinta sekali lagi pada Hardina, tapi Hardina tidak berperasaan begitu. Mungkin masih lagi terasa apa yang telah Johan buat padanya berbelas tahun yang lalu.

Ibu-bapa Johan iaitu Dr. Zahari dan Puan Maria telah berkenalan dengan Ustaz Khamis dan isterinya sewaktu menunaikan fardhu Haji dimana Ustaz Khamis telah membantunya sewaktu dia sakit. Persahabatan mereka mekar terjalin walaupun masing-masing telah pulang ke tanah air. Dr. Zahari dan Puan Maria sempat berkunjung ke rumah Ustaz Khamis dan disitu mereka telah berkenan dengan anak Ustaz Khamis yang dipanggil Diana. Mereka bercadang ingin menjodohkan Diana dengan anak mereka iaitu Dr. Johan.

Johan pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan itu telah menelefon Diana supaya menolak peminangan itu kerana hatinya telah terpaut pada Hardina. Tanpa disangka-sangka rupa-rupanya Diana dan Hardina adalah orang yang sama. Ibu-bapa Hardina memanggilnya Diana kerana pada masa kecilnya Hardina selalu nangis. Kata orang-orang tua eloklah ditukar nama, dan sejak itu Hardina dipanggil Diana. Sejak itu Hardina cuba menjauhkan diri dari Johan tapi Johan tetap berusaha untuk memenangi hati Hardina.

Hardina mempunyai seorang sahabat baik yang dikenali sewaktu belajar di Universiti iaitu Azimah. Azimah disahkan mengidap penyakit Leukimia dan kanser. Azimah hampir berputus asa. Tetapi Hardina selalu memberi semangat kepadanya dan hampir setiap hari dia mengunjungi Azimah di hospital. Azimah telah berkahwin dengan Imran. Sebenarnya Imran juga mempunyai perasaan terhadap Hardina . Imran yang termakan pujukan setiausahanya iaitu Sarina akhirnya berkahwin dengan Sarina. Azimah yang mengetahui hal itu terlalu sedih. Akhirnya dia memujuk Hardina supaya membawanya keluar dari hospital. Setelah keluar dari hospital keadaan Azimah telah berubah. Hardina telah berjaya memujuknya menyertai persatuan pesakit Kanser dimana disitu Azimah dapat berjumpa dengan pesakit2 kanser yang lain. Azimah menemui sinar baru. Berkat doa, usaha, berubat akhirnya Azimah disahkan sembuh. Azimah telah meminta cerai daripada Imran. Imran terpaksa menceraikannya dan Imran menyesal kerana telah berkahwin dengan Sarina.

Dahlia yang merupakan kawan baik Hardina yang kini masih tinggal serumah dengan Hardina akhirnya dijodohkan dengan Abg Hardina. Rasul yang merupakan kawan sekolah Johan telah jatuh hati pada Azimah. Sementara itu Hardina telah dapat menerima Johan dalam hidupnya...

Happy endingkan.. best citer ni. TQ pada seroja yang sudi meminjamkan bukunya ini....

2 comments:

seroja08 said...

wah ... panjang nampak ... tapi memg syok cerita dia ... yg jaga imal tu pinjm buku ni ... pas tu sampai sanggup beli sebb suka jln citer dia

Cikgu Eta said...

seroja
tapi watak2 dalam cerita ni berkaitan... cthnya sarina tu ... masa zaman sekolah dia ada, pastu dia pulak jd isteri imran...