CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 8, 2008

Selagi Ada Dia - Aisya Sofea

Sinopsis dari belakang buku ini
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hari Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang tersulam, janji yang dimeterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Comment by Tulip Merah (08/09/08)
Harini pinjam buku ni dari member, Ain. Bolehlah start membacanya....

Comment by Tulip Merah (10/09/08)
Finally habis gak baca buku ni.. memang best ceritanya.
Arianni atau Ari bertemu dengan Haris secara tidak sengaja. Walaupun Haris merupakan kawan kepada kakak Ari iaitu Kak Mal, tetapi keduanya menjalinkan hubungan cinta secara diam. Setelah keluarga dapat tahu, Ari teruk dimarahi dan telah membawa diri ke UK selama 3 tahun.

Kepulangan Ari setelah berada selama 3 tahun di UK adalah untuk menjaga abah dan mak. Sewaktu didalam kapal terbang, Ari berkenalan dengan Idris. Perkenalan itu berlanjutan dan akhirnya membawa ke gerbang perkahwinan.

Byk lagi sebenarnya yang menarik dalam buku ini. Memang best..

Comment by Tulip merah (13/09/08)
Saya cuba nak banyakkan lagi citernya...
Alamak tak berapa ingatlah he..he..
Ari ada seorang abang yang bernama Yus dan seorang kakak yang bernama Kak Mal. Kak Mal seorang yang kuat bekerja. Dan bila Kak Mal membawa Haris pulang kerumah ia sudah tentu diterima baik oleh kedua ibu-bapa Ari. Pada mulanya Ari sangat terkejut kerana sebelum itu Ari telah melanggar kereta Haris. HAris yang memang terpikat dengan Ari sejak kemalangan itu akhirnya berjaya memikat Ari. Mereka akhirnya menjalin hubungan cinta tanpa pengetahuan keluarga. Setelah keluarga mengetahuinya Ari telah di marahi. Sejak itu dia membawa diri ke UK. Selama tiga tahun dia di UK tanpa pulang ke Malaysia. Ari banyak berhubungan dengan kakak iparnya iaitu Kak Lin untuk mengetahui perkembangan keluarganya.
Setelah mengetahui bapanya sakit dan perlu penjagaan, Ari mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Bapanya menhidap penyakit yang sekejap lupa dan sekejap ingat. Bila tiba sakitnya dia akan marah dan memaki orang sekelilingnya terutamanya ibu Ari. Sebagai Isteri, Puan ? tetap menjaga dengan ikhlas walaupun selalu dimarahi.
Haris masih lagi berkawan dengan Kak Mal. Sehari sebelum bertunang, Kak Mal mengambil keputusan untuk membatalkan majlis pertunangannya dengan Haris. Haris yang memang tidak menyayangi Kak Mal tidak marah tetapi dia terus mengganggu Ari untuk kembali semula kepadanya. Ari tetap tidak dapat menerima Haris dalam hidupnya.
Sewaktu dalam kapal terbang Ari telah berkenalan dengan Idris. Idris yang jauh lebih tua daripadanya telah kehilangan isteri sejak lapan tahun yang lalu. Dan arwah isterinya itu mirip wajah Ari. Mereka terus menjalinkan persahabatan. Akhirnya mereka telah jatuh cinta, tapi ada peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka tegang.
Kak Mal telah memutuskan hubungannya dengan Haris. Ibu Ari cuba memujuk Ari supaya menerima Haris. Ari berkata kepada ibunya dia akan memilih siapa saja yang meminangnya. Sehinggalah dihari pernikahan Ari tidak tahu siapa yang akan menjadi suaminya. Rupa-rupanya Kak Lin, ke dua ibu-bapa Ari telah berpakat dengan Idris tentang perkahwinan itu. Idrislah yang telah meminang Ari. Setelah mengetahuinya Ari terlalu gembira dan hidup gembira bersama Idris. Hubungan Ari dan Kak Mal juga telah pulih.

2 comments:

cempakasari said...

sikit sgt la sinopsis dia ... ehh ... namapun sinopsis kan

tak buang lagi ke word verification

Cikgu Eta said...

Cempaka Sari..
Nanti saya try letak byk2 sikit. Dah buang dah WV tu