CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

Seindah Derita – Norhayati Berahim



Sinopsis
Sesekali, bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam,, malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan.. andainya itu sekadar untuk mematangkan … terima kasih kerana berjaya membentuk Hardina yang hari ini. Hardina yang sedar diri. Hardina yang tidak mudah lupa diri.

Comments by Tulip Merah on 22/09/08
Hardina adalah anak bongsu kepada Ustaz Khamis dan Makcik Mimah. Di zaman persekolahannya Hardina merupakan seorang yang aktif terutama dalam sukan tenis. Hardina bersahabat baik dengan Dahlia yang juga seorang yang aktif dalam tenis. Sewaktu dalam tingkatan 4, Hardina jatuh cinta pada Johan yang tua setahun darinya. Pada mulanya Johan hanya mahu mempermainkan Hardina sahaja tapi lama-kelamaan dia betul2 jatuh cinta pada Hardina. Tapi akibat ego dan cabaran dari kawan-kawannya iaitu Rasul dan Badrul untuk memikat Hardina dan meninggalkannya, Johan akhirnya meninggalkan Hardina dan bersama dengan Sarina. Johan amat menyesal dan ingin meminta maaf pada Hardina tapi pada hari terakhir persekolahan, Hardina telah mengikuti perlawanan tenis di Singapura. Selepas itu Hardina dan Dahlia telah berpindah sekolah. Selama berbelas tahun Johan tidak dapat menghubungi Hardina.

Hardina kini telah dewasa dan telah membuka kedai kek dan cyber café. Perniagaan Hardina sungguh berjaya. Ada seorang pelanggan tetap yang selalu berkunjung ke kedai Hardina iaitu Faiz telah memperkenalkan abangnya Johan dengan Hardina. Rupa-rupanya tanpa disangka-sangka pertemuan yang tidak dirancang itu telah menyebabkan Johan jatuh cinta sekali lagi pada Hardina, tapi Hardina tidak berperasaan begitu. Mungkin masih lagi terasa apa yang telah Johan buat padanya berbelas tahun yang lalu.

Ibu-bapa Johan iaitu Dr. Zahari dan Puan Maria telah berkenalan dengan Ustaz Khamis dan isterinya sewaktu menunaikan fardhu Haji dimana Ustaz Khamis telah membantunya sewaktu dia sakit. Persahabatan mereka mekar terjalin walaupun masing-masing telah pulang ke tanah air. Dr. Zahari dan Puan Maria sempat berkunjung ke rumah Ustaz Khamis dan disitu mereka telah berkenan dengan anak Ustaz Khamis yang dipanggil Diana. Mereka bercadang ingin menjodohkan Diana dengan anak mereka iaitu Dr. Johan.

Johan pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan itu telah menelefon Diana supaya menolak peminangan itu kerana hatinya telah terpaut pada Hardina. Tanpa disangka-sangka rupa-rupanya Diana dan Hardina adalah orang yang sama. Ibu-bapa Hardina memanggilnya Diana kerana pada masa kecilnya Hardina selalu nangis. Kata orang-orang tua eloklah ditukar nama, dan sejak itu Hardina dipanggil Diana. Sejak itu Hardina cuba menjauhkan diri dari Johan tapi Johan tetap berusaha untuk memenangi hati Hardina.

Hardina mempunyai seorang sahabat baik yang dikenali sewaktu belajar di Universiti iaitu Azimah. Azimah disahkan mengidap penyakit Leukimia dan kanser. Azimah hampir berputus asa. Tetapi Hardina selalu memberi semangat kepadanya dan hampir setiap hari dia mengunjungi Azimah di hospital. Azimah telah berkahwin dengan Imran. Sebenarnya Imran juga mempunyai perasaan terhadap Hardina . Imran yang termakan pujukan setiausahanya iaitu Sarina akhirnya berkahwin dengan Sarina. Azimah yang mengetahui hal itu terlalu sedih. Akhirnya dia memujuk Hardina supaya membawanya keluar dari hospital. Setelah keluar dari hospital keadaan Azimah telah berubah. Hardina telah berjaya memujuknya menyertai persatuan pesakit Kanser dimana disitu Azimah dapat berjumpa dengan pesakit2 kanser yang lain. Azimah menemui sinar baru. Berkat doa, usaha, berubat akhirnya Azimah disahkan sembuh. Azimah telah meminta cerai daripada Imran. Imran terpaksa menceraikannya dan Imran menyesal kerana telah berkahwin dengan Sarina.

Dahlia yang merupakan kawan baik Hardina yang kini masih tinggal serumah dengan Hardina akhirnya dijodohkan dengan Abg Hardina. Rasul yang merupakan kawan sekolah Johan telah jatuh hati pada Azimah. Sementara itu Hardina telah dapat menerima Johan dalam hidupnya...

Happy endingkan.. best citer ni. TQ pada seroja yang sudi meminjamkan bukunya ini....

Monday, September 15, 2008

Juliana

Sinopsis
Membenci bukan untuk mengkhianati. Menyayangi bukan tandanya mencintai. Namun talian halus menjadi penghubung dua jiwa. Mereka bersaudara, tetapi bukan seibu-sebapa.

Comment by Tulip Merah on 15/09/08
Buku ni saya beli pada 13 Nov 1995. Dah 13 tahun berlalu. Waktu tu masih lagi belajar di UPM, Serdang.

Thursday, September 11, 2008

Semusim Rindu - Aleya Aneesa

Sinopsis dari belakang buku ini

Disebalik senyumannya.... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah.. perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tau perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi didadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh.. Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ihkman tahu maksudnya?

Comment by Tulip Merah on 13/09/08
Citer ni pun best gak.
Hajar Adira kehilangan kedua ibu bapa sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama Mak Long Nazimah. Mak Long nya sangat kejam dan selalu mendera Hajar Adira. Akhirnya setelah 5 tahun tinggal bersama Mak Long , Hajar mengambil keputusan untuk melarikan diri ke rumah Mak Ngah Nasriah yang berada di JB.
Hajar menaiki bas dari Penang ke JB. Setelah tiba di perhentian bas JB, Hajar tidak tau mana harus dituju. Disitu dia dijumpai oleh Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah. Oleh kerana pasangan ini sudah lama tidak mempunyai anak terus mengambil Hajar sebagai anak angkat.
Sewaktu umur Hajar 18 tahun, ibu angkatnya telah meninggal dunia. Pada waktu itu dia mendapat tawaran belajar ke luar negeri tetapi dihalang oleh bapanya. Firdaus yang telah lumpuh akibat kemalangan telah melarangnya untuk menyambung belajar. Sejak hari itu Hajar mengambil alih menyara keluarga iaitu bapa dan 3 orang adiknya.
Disebelah siang Hajar bekerja di kilang dan sebelah petang hingga ke malam Hajar bekerja di Restoren Idaman. Di restoren Idaman itulah, Hajar berkenalan dengan Ikhman. Ikhman telah melakukan perkara yang tidak senonoh. Sejak itu dia terlalu benci dengan Ikhman.
Ikhman akhirnya jatuh cinta pada Hajar dan ingin meminta maaf. Tapi disebabkan ego lelakinya, dia tidak meminta maaf pada Hajar dan tidak menyatakan cintanya pada Hajar.
Atas sikap irihati teman sekilang, akhirnya Hajar telah berhenti kerja. Dia juga telah berhenti kerja di restoren Idaman kerana selalu diganggu oleh Ikhman. Akhirnya tanpa pengetahun Hajar, Ikhman telah merancang dengan Hannah supaya Hajar bekerja dengannya sebagai setiausahanya. Akhirnya Hajar bersetuju walaupun dia selalu dimarahi oleh Ikhman.
Pak Su Ikhman iaitu Hilal yang sedang menhidap kanser ingin sangat bertemu dengan anak saudaranya yang hilang sejak kecil iaitu Hani. Akhirnya Hilal berjaya bertemu dengan Hani. Dan Hani itu ialah Hajar sebenarnya. Hilal mahu Hani berjanji akan berkahwin dengan Ikhman setelah ketiadaannya nanti. Akhirnya Hani terpaksa bersetuju.
Anak Mak Long iaitu Azim juga telah jatuh hati dengan Hajar tapi Hajar tidak berperasaan begitu. Azim yang telah bertunang dengan Yuha secara tidak rela ingin memutuskan pertunangannya dengan Yuha. Disebabkan itu habis Hajar di maki oleh Mak Long.
Akhirnya Hani dan Ikhman disatukan sebagai suami isteri. Tapi selama setahun mereka tidak tinggal bersama. Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya telah membuatkan Hajar membawa diri ke Jepun untuk menyambung belajar. Ikhman yang telah sedar dengan kesilapannya telah cuba mencari Hajar dan akhirnya dia berjaya mencari Hajar. Dipenghujung cerita ini Hajar dan Ikhman hidup bahagia dan telah menimang cahayamata iaitu Azmal. Bila Azmal berumur 10 bulan, Hajar disahkan mengandung semula...........

Monday, September 8, 2008

Selagi Ada Dia - Aisya Sofea

Sinopsis dari belakang buku ini
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hari Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang tersulam, janji yang dimeterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Comment by Tulip Merah (08/09/08)
Harini pinjam buku ni dari member, Ain. Bolehlah start membacanya....

Comment by Tulip Merah (10/09/08)
Finally habis gak baca buku ni.. memang best ceritanya.
Arianni atau Ari bertemu dengan Haris secara tidak sengaja. Walaupun Haris merupakan kawan kepada kakak Ari iaitu Kak Mal, tetapi keduanya menjalinkan hubungan cinta secara diam. Setelah keluarga dapat tahu, Ari teruk dimarahi dan telah membawa diri ke UK selama 3 tahun.

Kepulangan Ari setelah berada selama 3 tahun di UK adalah untuk menjaga abah dan mak. Sewaktu didalam kapal terbang, Ari berkenalan dengan Idris. Perkenalan itu berlanjutan dan akhirnya membawa ke gerbang perkahwinan.

Byk lagi sebenarnya yang menarik dalam buku ini. Memang best..

Comment by Tulip merah (13/09/08)
Saya cuba nak banyakkan lagi citernya...
Alamak tak berapa ingatlah he..he..
Ari ada seorang abang yang bernama Yus dan seorang kakak yang bernama Kak Mal. Kak Mal seorang yang kuat bekerja. Dan bila Kak Mal membawa Haris pulang kerumah ia sudah tentu diterima baik oleh kedua ibu-bapa Ari. Pada mulanya Ari sangat terkejut kerana sebelum itu Ari telah melanggar kereta Haris. HAris yang memang terpikat dengan Ari sejak kemalangan itu akhirnya berjaya memikat Ari. Mereka akhirnya menjalin hubungan cinta tanpa pengetahuan keluarga. Setelah keluarga mengetahuinya Ari telah di marahi. Sejak itu dia membawa diri ke UK. Selama tiga tahun dia di UK tanpa pulang ke Malaysia. Ari banyak berhubungan dengan kakak iparnya iaitu Kak Lin untuk mengetahui perkembangan keluarganya.
Setelah mengetahui bapanya sakit dan perlu penjagaan, Ari mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Bapanya menhidap penyakit yang sekejap lupa dan sekejap ingat. Bila tiba sakitnya dia akan marah dan memaki orang sekelilingnya terutamanya ibu Ari. Sebagai Isteri, Puan ? tetap menjaga dengan ikhlas walaupun selalu dimarahi.
Haris masih lagi berkawan dengan Kak Mal. Sehari sebelum bertunang, Kak Mal mengambil keputusan untuk membatalkan majlis pertunangannya dengan Haris. Haris yang memang tidak menyayangi Kak Mal tidak marah tetapi dia terus mengganggu Ari untuk kembali semula kepadanya. Ari tetap tidak dapat menerima Haris dalam hidupnya.
Sewaktu dalam kapal terbang Ari telah berkenalan dengan Idris. Idris yang jauh lebih tua daripadanya telah kehilangan isteri sejak lapan tahun yang lalu. Dan arwah isterinya itu mirip wajah Ari. Mereka terus menjalinkan persahabatan. Akhirnya mereka telah jatuh cinta, tapi ada peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka tegang.
Kak Mal telah memutuskan hubungannya dengan Haris. Ibu Ari cuba memujuk Ari supaya menerima Haris. Ari berkata kepada ibunya dia akan memilih siapa saja yang meminangnya. Sehinggalah dihari pernikahan Ari tidak tahu siapa yang akan menjadi suaminya. Rupa-rupanya Kak Lin, ke dua ibu-bapa Ari telah berpakat dengan Idris tentang perkahwinan itu. Idrislah yang telah meminang Ari. Setelah mengetahuinya Ari terlalu gembira dan hidup gembira bersama Idris. Hubungan Ari dan Kak Mal juga telah pulih.

Tuesday, September 2, 2008

Kasih Yang Tercalar - Norhayati Berahim


Sinopsis yang diambil dari bahagian belakang buku ini.
Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri... Puncanya ... dia sendiri tidak mengerti...
Comment by Tulip Merah (1 September 2008)
La sikitnya sinopsis cerita. Takpe saya baca dulu then lepas habis saya akan buat ulasan.
Comment by Tulip Merah (4 September 2008)
Masih lagi belum start baca buku ni... InsyaAllah harini start baca.
Comment by Tulip Merah (08 September 2008)
Semalam dah habiskan baca buku ni. So ceritanya lebih kurang begini..
Ghina dan Lutfil Hadi merupakan pasangan yang bahagia dan telah berkahwin selama 15 tahun serta dikurniakan 2 orang cahayamata yang bernama Farhana dan Qayyum. Tetapi rumahtangga mereka berantakan ekoran ubat guna-guna yang dikenakan oleh seorang GRO yang bernama Habibah keatas Lutfil Hadi. Lutfil Hadi terus lupa isteri, anak2 dan ibu-bapa dan asyik tergila-gilakan Habibah. Ianya berlanjutan sehingga 6 bulan. Berkat doa kedua-dua ibubapa Ghina dan Lutfil Hadi akhirnya Lutfil Hadi sembuh dan pulang ke pangkuan keluarga. Walaupun agak perit untuk menerima Lutfil Hadi semula, tetapi mereka tetap menerima dan memaafkan Lutfil Hadi.
Habibah yang tinggal dengan Kalsum sering cemburu dan sakit hati dengan Kalsum. Walaupun menjadi GRO, Kalsum berazam untuk berubah dan bertaubat, kerana dia tahu wang yang diperolehi itu haram. Akhirnya Kalsum diselamatkan oleh Razak, seorang askar pencen yang mempunyai perniagaan sendiri. Mereka akhirnya hidup bahagia. Pada mulanya Kalsum tidak mengetahui bahawa Razak ialah seorang yang kaya dan mempunyai perniagaan sendiri. Setelah berkahwin barulah dia mengetahuinya.
Ibu Habibah yang bernama Mak Jah yang mengajar anaknya itu menggunakan bomoh Jali untuk menundukkan Lutfil Hadi akhirnya menemui ajal. Mayatnya hanya dijumpai oleh jiran setelah beberapa hari meninggal dunia. Habibah yang tidak menerima hakikat ini akhirnya mati setelah jatuh dari tingkap kondominiumnya.
Kawan baik Ghina yang bernama Lucy yang banyak membantunya menyelesaikan masalah akhirnya berkahwin dengan David (anak bibik Mok - jiran sebelah rumah). David telah menyamar sebagai Magnus untuk memperdaya Habibah. Magnus menyamar sebagai agensi yang mencari pelakon dan menawarkan Habibah sebagai pelakon. Habibah yang memang bersungguh menjadi pelakon akhirnya bersetuju memberi RM100 ribu kepada Magnus. Alasan Magnus ialah dia kekurangan duit untuk membiayai kos. Setelah mendapat RM100ribu, Magnus telah meninggalkan Habibah dan ia menjadikan Habibah naik gila. Duit RM100 ribu itu telah diserahkan semula kepada Lutfil Hadi sebagai ganti duitnya yang telah banyak dikikis oleh oleh Habibah.
Lutfil Hadi yang telah dibuang kerja akhirnya bekerja dengan Razak (suami Kalsum). Ditempat kerja itu ada seorang pekerja yang bernama Khamis yang juga telah jatuh cinta dengan GRO dan telah menyebabkannya hilang tumpuan pada kerja dan keluarga. Atas nasihat daripada Lutfil Hadi, akhirnya Khamis telah insaf.