CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

Harini ialah penghujung tahun 2008. Rasanya tahun 2009 nanti saya tak sempat nak membaca novel apalagi untuk updated this blog... sebabnya saya akan belajar di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai.. doakan saya berjaya ok..

Thursday, December 11, 2008

Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris


'Cinta ibarat berlian
yang mempunyai benih faset. Jernih atau
kabur cahayanya bergantung
kepada pengosoknya.'
Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu jauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka lakukan perkara yang serupa; berbohong. Dan pembohonan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka sama berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul; Kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA sepenuhnya.

Wednesday, December 10, 2008

Adam dan Hawa


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.

Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...